Sambutan hari jadi anak-anak seorang founder dari Kelantan mencuri perhatian ramai apabila majlis tersebut dikatakan menelan belanja sehingga setengah juta ringgit.
BACA: “RXZ RM100k Siasat Tengok” – Founder Farhana Zahra Berang Dituduh Jual Dadah
Lebih menarik perhatian, wanita yang dikenali sebagai Cikna itu turut berseloroh memaklumkan tahun ini tiada hadiah mewah seperti kereta diberikan kepada anak-anaknya.
Tiada kereta mewah, anak pilih Pop Mart je
Menurutnya, tahun ini anak-anak meminta satu lori Pop Mart dan Cik Na membuat keputusan memberikan tunai RM100,000 seorang untuk anak-anak pilih sendiri koleksi yang dimahukan.
Berdasarkan perkongsian tetamu yang hadir, majlis hari jadi itu diraikan dengan cukup meriah bertemakan perkampungan Bunian. Siap make up dan vibe-vibe bunian sebenar.
Pssttt! Setiap ibu bapa mempunyai cara tersendiri untuk menggembirakan anak-anak, sama ada melalui sambutan sederhana atau majlis besar-besaran mengikut kemampuan masing-masing.
Kredit: TikTok Farhana Zahra
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.




