Sidang DUN pada 22 Jun batal – Speaker DUN Johor

Sidang DUN pada 22 Jun batal – Speaker DUN Johor
Sidang DUN pada 22 Jun batal – Speaker DUN Johor

Mohd Puad mengesahkan Sesi Sidang DUN Johor yang dijadual pada 22 Jun ini terbatal ketika dihubungi pada Selasa.

JOHOR BAHRU – Sesi Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor sehari yang dijadual diadakan pada 22 Jun ini terbatal selepas pembubaran DUN Johor diumumkan pada Isnin.

Speaker DUN Johor, Datuk Mohd Puad Zarkashi mengesahkan perkara itu ketika dihubungi pada Selasa.

“Batal,” katanya ringkas.

Pada 29 Mei lalu, beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor memaklumkan mereka telah menerima notis memanggil Sidang DUN pada 22 Jun nanti.

Antara yang mengesahkan perkara itu termasuklah penyandang Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Kepong, Datuk Dr. Sahruddin Jamal; penyandang DUN Johor Jaya, Liow Cai Tung dan juga penyandang DUN Sri Medan, Datuk Zulkurnain Kamisan.

Scroll to Top