Oh! Tidak
Pasangan duda dan janda ditahan JAIM selepas ditemui tidur dalam bas di Melaka awal pagi Sabtu.
Seorang duda dan seorang janda ditahan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) selepas disyaki berkhalwat dalam sebuah bas yang diparkir di stesen minyak di Jalan Hang Tuah, Melaka awal pagi Sabtu.
Menurut laporan, lelaki berusia 37 tahun yang juga pemandu bas bersama wanita berusia 46 tahun itu ditemui sedang tidur bersebelahan di atas kerusi bas sekitar jam 1.50 pagi selepas pihak JAIM menerima aduan daripada orang awam.
Duda dan janda tidur dalam bas

Pengarah JAIM, Datuk Md Azhan Samat berkata, pasangan itu memberi alasan mereka hanya berehat selepas keluar makan bersama sebelum tertidur di dalam bas tersebut.
Bagaimanapun, hasil pemeriksaan mendapati kedua-duanya gagal menunjukkan sebarang bukti mempunyai hubungan mahram atau sebagai suami isteri yang sah.
Pasangan terbabit kemudian dibawa ke pejabat JAIM untuk tujuan dokumentasi dan siasatan lanjut. Kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 kerana disyaki berkhalwat.
Orang awam jadi mata dan telinga

Ohmedia lihat kes macam ni selalunya terbongkar hasil maklumat orang awam yang prihatin dengan keadaan sekeliling. Sebab itu, kerjasama masyarakat memang penting untuk membantu pihak berkuasa menjalankan tugas mereka.
Dalam masa sama, ia juga jadi peringatan supaya setiap individu lebih menjaga batas pergaulan dan elakkan situasi yang boleh menimbulkan syak wasangka.
Pssttt! Kadang-kadang perkara yang nampak kecil boleh jadi besar bila melibatkan soal agama dan maruah diri. Jadi korang jagalah batas dan elakkan berada dalam situasi yang boleh mengundang fitnah atau masalah di kemudian hari.
Kredit: Sinar Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!




