Pelakon dan usahawan Syatilla Melvin meluahkan tida tidak tergamak untuk menyebut perkataan B40 apatah lagi untuk menghina.
Menerusi perkongsian di Threads, Syatilla berkata keluarga dan adik-beradik berada dalam golongan tersebut, malah perniagaan mereka juga ramai dari kumpulan tersebut.
BACA: “Dia Silap, Bonding Kami Terlalu Kuat” – Syatilla Melvin, Adik Beradik Tak Akan Berdiam Isu Syida

“Tak tau lah kenapa, tapi untuk aku nak sebut pekataan B40 rasa tak tergamak sangat, apatah lagi nak menghina. Keluarga, adik-beradik kita semua dalam golongan tu. Yang support bisnes 70% dari mereka,” tulisnya.
Sementara itu, Syatilla turut mempersoalkan ada segelintir pihak suka membezakan darjat berdasarkan status kewangan.
“Kenapa eh perlu ada mindset “kelas kita tak sama”. Tak dinafikan memang manusia ni macam-macam perangai dia. Hujung-hujung kita semua sama ja. Faham tak maksud tilla?” tulisnya.




