
Anwar (dua dari kiri) ketika menghadiri Sambutan Hari Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Negara 2026 di Dataran Putrajaya hari ini. Foto Bernama
PUTRAJAYA – Semua badan latihan serta penyelidikan kerajaan diwajibkan menyediakan program latihan dalam bidang baharu kepada pelajar Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) terpilih bermula Julai depan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, beliau telah mengarahkan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar untuk menyelaraskan inisiatif berkenaan demi memperkasakan kemahiran pelajar aliran itu di negara ini.
Beliau berkata sekurang-kurangnya 50 hingga 100 pelajar TVET di setiap institusi terpilih akan diberikan peluang latihan awal dalam bidang baharu dan berteknologi tinggi seperti kecerdasan buatan (AI) dan kripto.
“(Mereka) dipilih untuk menguasai bidang-bidang yang benar-benar baharu iaitu dalam AI, kripto serta peralihan tenaga,” kata beliau ketika berucap merasmikan sambutan Hari TVET Negara 2026 di sini hari ini.
Turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, barisan menteri Kabinet serta Shamsul Azri.
AKAN MENYUSUL



