Aman Graseka Tidak Dipaksa Berniaga, Isteri Tampil Jawab Dakwaan

Aman Graseka Tidak Dipaksa Berniaga, Isteri Tampil Jawab Dakwaan

Oh! Artis

Isteri Aman Graseka nafi dakwaan paksa suami berniaga ketika sakit dan jelaskan keadaan sebenar.


Isteri kepada pelakon Aman Graseka, Reena Arina akhirnya tampil bersuara selepas timbul dakwaan kononnya dia memaksa suaminya yang sedang uzur untuk bekerja dan berniaga.

Isu itu mula menjadi perhatian apabila keadaan kesihatan Aman turut diperkatakan ramai, lebih-lebih lagi selepas pelakon itu dilaporkan mendapatkan rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani.

BACA: Anak Dakwa Aman Graseka Dipaksa Kerja Walaupun Sakit

Reena nafi paksa Aman Graseka berniaga

Menerusi satu video yang dimuat naik di TikTok, Reena menegaskan dakwaan tersebut langsung tidak benar.

Menurutnya, Aman sendiri memilih untuk menemaninya berniaga kerana bimbang dia perlu keluar seorang diri. Malah, kerja memasak dan urusan utama perniagaan dilakukan Reena bersama ibu serta ahli keluarganya.

Dia bukan dipaksa, dia sendiri mahu temankan saya berniaga. Kerja memasak dan semua urusan lain saya buat bersama mak dan keluarga. Abang Aman hanya risau saya keluar berniaga seorang diri, jadi dia temankan.

Saya tak boleh buka payung, dia tolong buka payung. Dia susun makanan sedikit sebanyak sahaja, bukannya angkat kayu balak pun.- Katanya.

Aman Graseka mahu beri sokongan moral

Keluarga aman graseka

Dalam masa sama, Reena turut menjelaskan Aman yang menghidap diabetes mahu berada di sisinya sebagai sokongan moral.

Katanya, Aman sendiri tidak mahu orang luar membuat andaian kononnya dia hanya membiarkan isterinya mencari rezeki seorang diri. Disebabkan itu, Aman memilih untuk menemani Reena berniaga, bukan kerana dipaksa.

Reena juga menafikan dakwaan mengatakan suaminya tidak mendapat rehat mencukupi. Jelasnya, jika dia perlu ke pasar, dia akan pergi sendiri tanpa mengejutkan Aman kerana mahu suaminya berehat.

Menurut Reena lagi, Aman tidak lagi mampu melakukan kerja berat. Jadi, banyak urusan perniagaan termasuk memandu pada waktu malam dilakukan olehnya sendiri.

Pssttt! Dalam hal macam ni, memang mudah untuk orang luar buat andaian bila hanya nampak separuh cerita. Tapi kalau boleh, biarlah keluarga selesaikan dengan cara baik sebab yang lalui situasi sebenar adalah mereka sendiri. Ohmedia harap Aman diberikan kesembuhan dan keluarga ini dapat melalui ujian ini dengan tenang.

Kredit: Gempak
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Scroll to Top