Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, tampil menjelaskan bahawa hantaran yang dimuat naiknya sebelum ini tidak mempunyai sebarang kaitan dengan isu politik.
Tiada kena mengena dengan politik
Menerusi satu kenyataan ringkas di media sosial, baginda menegaskan bahawa mesej tersebut sebenarnya bertujuan mengingatkan orang ramai agar lebih berhati-hati ketika mengulas mengenai sesuatu krisis yang berlaku, khususnya di platform media sosial.

Nasihat kepada pengguna sosial media
Menurut Tunku Idris, nasihat itu diberikan bagi mengelakkan mana-mana pihak tersalah cakap atau membuat kenyataan yang boleh mengundang salah faham berkaitan isu semasa.
“Maksud saya tiada kena mengena dengan politik. Saya cuma ingatkan dan menasihatkan semua penguna social media untuk jangan kita tersalah cakap tentang salah satu krisis yang terjadi baru baru ini.
Jangan nak heret saya masuk sarkas” katanya.

“Terlajar perahu boleh diundur…”
Penjelasan itu dibuat selepas timbul pelbagai tafsiran dan spekulasi dalam kalangan pengguna media sosial yang mengaitkan hantaran berkenaan dengan perkembangan politik semasa.

Walau bagaimanapun, Tunku Idris menegaskan bahawa kenyataannya tidak merujuk kepada politik, sebaliknya sekadar peringatan kepada orang ramai supaya lebih berhemah ketika berkongsi pandangan mengenai sesuatu isu yang sedang hangat diperkatakan.
Sumber: Thread tunku_idris




