Ombak ganas badai New Zealand

Ombak ganas badai New Zealand
Ombak ganas badai New Zealand

Laut bergelora di kawasan pinggir bandar Island Bay, Wellington.

WELLINGTON – Ratusan penduduk di kawasan pesisir pantai di ibu kota New Zealand dipindahkan pada Selasa susulan dibadai ombak ganas setinggi 11 meter (m).

Datuk Bandar Wellington, Andrew Litte turut mengisytiharkan darurat sehari sebelum bencana alam itu berlaku di Owhiro Bay, Island Bay, Houghton Bay dan Breaker Bay.

“Orang ramai dinasihatkan agar jauhi kawasan pantai selatan,” ujarnya ketika memberi amaran kepada komuniti di kawasan terlibat.

Difahamkan, bencana serupa pada 2021 yang membawa gelombang ombak setinggi 6.5m dan merosakkan banyak kediaman di Breaker Bay.

Tiupan angin kencang luar biasa turut menyebabkan ombak melimpah hingga ke jalan raya.

Sebagai langkah berjaga-jaga, beberapa jadual penerbangan di Lapangan Terbang Wellington terpaksa dibatalkan berikutan kelajuan angin mencecah sehingga 128 kilometer sejam.

Perkhidmatan Meteorologi New Zealand juga mengeluarkan amaran mengenai kemungkinan berlakunya ombak gergasi. – AFP

Scroll to Top