‘Era buat keputusan sendiri dalam PN sudah tamat’ – Annuar

‘Era buat keputusan sendiri dalam PN sudah tamat’ – Annuar
‘Era buat keputusan sendiri dalam PN sudah tamat’ – Annuar

Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Tan Sri Annuar Musa

SHAH ALAM – Era keputusan dibuat oleh satu pihak dalam Perikatan Nasional (PN) tanpa mengambil kira pandangan anggota gabungan kini sudah berakhir.

Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Tan Sri Annuar Musa berkata, tiada mana-mana parti dalam gabungan itu boleh lagi membuat keputusan secara bersendirian kerana hala tuju PN perlu ditentukan secara bersama.

“Era itu sudah tamat. Ahli PN tentukan PN,” katanya menerusi hahtaran di Facebook pada Selasa.

Hantaran ringkas itu dipercayai merujuk kepada keputusan Pas yang menghentikan kerjasama politik dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) seperti yang disepakati dalam Mesyuarat Khas Jawatankuasa Kerja Pas Pusat pada Isnin.

Hantaran Annuar di Facebook

Hantaran Annuar di Facebook

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dilapor berkata, keputusan tersebut dibuat selepas parti itu meneliti laporan, kajian dan penilaian semasa berhubung hala tuju hubungan kedua-dua parti.

Selain itu jelasnya, tindakan berkenaan dilakukan bagi meneroka suatu bentuk persefahaman politik dan kerjasama pilihan raya demi penyatuan ummah dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) dan Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

 

 

 

Mesti Baca

Scroll to Top