Selepas kecoh mengenai penempatan menyerupai ‘flat’ uzur di Sungai Tekali, Hulu Langat Selangor, seorang bekas penyewa tampil menceritakan perkara yang didakwa sebenarnya berlaku.
Memetik laporan Kosmo!, warga Myanmar dikenali sebagai Hussin menafikan rumah-rumah di Kampung Kenangan itu dibina warga asing.
Bekas penyewa dakwa pemilik tanah bina flat untuk disewa

Sebaliknya, pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) itu mendakwa struktur berkenaan didirikan oleh pemilik tanah sebelum disewakan kepada mereka.
Pemilik tanah warga tempatan, dia yang bina rumah ini dan menyewakan kepada warga asing. Saya nafikan bahawa warga asing yang bina rumah berkenaan.
Menurut Hussin, dia pernah tinggal di kawasan itu selama kira-kira lima tahun namun berpindah pada tahun lalu selepas operasi penguatkuasaan.
Operasi dibuat kerana ada penghuni tidak mempunyai dokumen yang sah. Dia bagaimanapun tidak ditahan kerana mempunyai dokumen.
Sewa RM350 hingga RM400 sebulan termasuk bil air dan elektrik

Selepas operasi berkenaan, pihak berkuasa meminta semua penghuni mengosongkan kawasan itu kerana sebahagian binaan didakwa berada di atas tanah rizab.
Katanya lagi, kadar sewa yang murah menjadi antara sebab dia memilih untuk tinggal di penempatan berkenaan.
Sewa sebulan RM350 hingga RM400 termasuk bil air dan elektrik. Rumah di sini ada kira-kira 20 pintu. Ada warga asing tinggal berseorangan dan ada juga yang tinggal bersama keluarga.
Dakwanya, tempat itu sudah lengang sejak setahun lalu dan semua penghuni tidak lagi tinggal di situ.
Terdahulu, Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) memaklumkan pihaknya telah mengambil tindakan penguatkuasaan, termasuk mengeluarkan notis terhadap struktur binaan tanpa kelulusan pihak berkuasa tempatan di kawasan tersebut.
Hasil semakan mendapati pembinaan itu melibatkan Lot 217, Lot 218 dan sebahagian tanah kerajaan, iaitu rizab sungai bersebelahan Kampung Kenangan 18, Sungai Tekali, Mukim Hulu Langat.
Pssttt! Apa pun dakwaan yang timbul, persoalan paling besar sekarang adalah siapa yang bertanggungjawab membenarkan struktur tanpa kelulusan ini dibina dan disewakan. Tindakan perlu dikenakan secara adil kepada semua pihak yang terlibat, bukan hanya kepada mereka yang mendiami kawasan tersebut.
Kredit: Kosmo!
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.




