Lelaki tidak mengaku  ‘sentuh’ adik ipar 14 tahun

Lelaki tidak mengaku  ‘sentuh’ adik ipar 14 tahun

PASIR MAS: Seorang lelaki mengaku tidak bersalah Mahkamah Seksyen di sini, hari ini atas tiga pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap adik iparnya berusia 14 tahun di Tumpat, dekat sini Mei lalu.

Muhamad Amar Abi Karimi, 22, membuat pengakuan itu selepas jurubahasa mahkamah selesai membaca semua pertuduhan ke atasnya di hadapan Hakim Zulkpli Abdullah.

Mengikut pertuduhan pertama hingga ketiga, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang gadis berusia 14 tahun 1 bulan.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di dalam bilik di sebuah rumah di Tumpat antara pukul 2 pagi. Semua pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Aiysha Na’ilah Harizan manakala tertuduh tidak diwakili peguam. Siti Aiysha Na’ilah bagaimanapun, menawarkan jaminan RM10,000 bagi setiap pertuduhan dengan syarat tertuduh tidak mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan.

Tertuduh dalam rayuannya memohon belas kasihan agar jumlah jaminan dikurangkan atas alasan tiada pekerjaan tetap dan mempunyai dua anak. Mahkamah membenarkan jaminan RM9,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 13 Julai ini sebutan semula kes. – UTUSAN

 

Scroll to Top