Pengacara dan personaliti televisyen terkenal, Fedtri Yahya, menegaskan bahawa peranan seorang ibu tidak seharusnya disalah guna demi memudahkan urusan anak-anak yang enggan belajar berdikari.
Berani kahwin berani tanggung

Menerusi perkongsian di Threads, Fedtri menyuarakan pandangan tegas mengenai sikap sesetengah anak yang terlalu bergantung kepada ibu bapa, khususnya golongan warga emas yang sudah sepatutnya menikmati usia tua dengan tenang.
“Ibu bukan bibik yang dibalut atas nama nenda demi memudahkan hidup anak-anak yang enggan belajar berdikari,” ciapannya, baru -baru ini
Menurut Fedtri, setelah bertahun-tahun berkorban membesarkan anak, golongan ibu atau nenek wajar diberikan ruang untuk menikmati sisa kehidupan mereka dengan lebih tenang serta memberi tumpuan kepada diri sendiri.
“Setelah bertahun-tahun berkorban, biarlah si nenda menikmati sisa usia dengan tenang, merawat diri, mengejar impian yang tertangguh dan menuai hasil daripada segala jerih payah yang pernah ditaburkan,” jelasnya.
Artikel lain: Fedtri Yahya tegur individu dakwa tuan rumah pemalas guna peralatan pakai buang – “Jangan dibawa biasan syaitan”
Dalam perkongsian sama, Fedtri turut mengingatkan bahawa tanggungjawab membesarkan anak tidak boleh berulang sehingga membebankan generasi lebih tua.
“Anak-anak bukan amanah untuk dibesarkan dua kali, pohon sekah menimpa punggung, berani nikah berani tanggung,” tambahnya lagi.
Sumber: Threads fedtriyahya





