
Logo SpaceX dipaparkan di luar kemudahan Space Exploration Technologies Corp. di Hawthorne, California pada 8 Jun 2026.
SYARIKAT roket dan kecerdasan buatan milik Elon Musk, SpaceX, dijangka memulakan dagangan di Wall Street pada Jumaat dengan nilai kutipan mencecah AS$75 bilion, sekali gus menjadi antara tawaran awam permulaan (IPO) terbesar dalam sejarah.
Berikut ialah senarai 10 IPO terbesar dunia berdasarkan jumlah dana yang berjaya dikumpul:
1. Saudi Aramco — Mengutip AS$25.6 bilion menerusi penyenaraian di Bursa Saham Riyadh pada Disember 2019.
2. Alibaba— Syarikat e-dagang China ini meraih AS$21.8 bilion ketika membuat penampilan sulung di Bursa Saham New York pada September 2014.
3. SoftBank Corp — Mengumpul AS$21.3 bilion di Bursa Saham Tokyo pada Disember 2018.
4. Agricultural Bank of China (AgBank) — Meraih AS$19.2 bilion selepas disenaraikan di Shanghai dan Hong Kong pada Julai 2010.
5. Industrial and Commercial Bank of China (ICBC) — Mengutip AS$19.1 bilion melalui penyenaraian berganda di Hong Kong dan Shanghai pada Oktober 2006.
6. NTT Mobile — Pengendali telekomunikasi Jepun ini mengumpul AS$18.1 bilion di Bursa Saham Tokyo pada Oktober 1998.
7. Visa Inc — Meraih AS$17.9 bilion ketika disenaraikan di Bursa Saham New York pada Mac 2008.
8. AIA Group — Syarikat insurans berpangkalan di Asia ini mengumpul AS$17.8 bilion menerusi penyenaraian di Hong Kong pada Oktober 2010.
9. Enel — Gergasi tenaga dari Itali ini meraih AS$16.5 bilion semasa penyenaraian pada November 1999.
10. Facebook (kini Meta)— Mengutip AS$16.0 bilion di Bursa Saham New York pada Mei 2012. – AFP



