Kalau dahulu rumah sekadar tempat balik selepas seharian bekerja. Tapi sekarang, rumah dah jadi macam “pusat operasi” kehidupan. Tempat bekerja, tempat berehat, tempat layan drama sampai pagi, tempat anak-anak belajar dan juga tempat keluarga luangkan masa bersama.
Dalam keadaan kos sara hidup yang semakin meningkat, ramai rakyat Malaysia juga memilih untuk lebih banyak menghabiskan masa di rumah berbanding keluar berbelanja setiap hujung minggu. Sebab itu, trend pemilikan rumah pada tahun 2026 semakin berubah. Orang ramai bukan lagi mengejar barangan yang nampak mewah semata-mata, tetapi lebih cenderung melabur dalam produk yang benar-benar memudahkan kehidupan harian.
Kalau dulu beli TV besar dianggap satu kemewahan, hari ini ia menjadi pusat hiburan keluarga. Vakum pintar pula bukan lagi sekadar gajet tambahan, tetapi membantu menjimatkan masa mengemas. Begitu juga dengan katil, sofa dan laptop yang kini memainkan peranan penting dalam memastikan keselesaan hidup seharian.
Kalau anda sedang merancang untuk menaik taraf rumah atau peralatan harian, mungkin sekarang masa yang sesuai. Lebih-lebih lagi apabila banyak jenama dan teknologi terkini boleh diterokai di bawah satu bumbung menerusi Jualan Mid-Year Clearance Harvey Norman.
TV Lebih Besar, Pengalaman Hiburan Lebih Puas
Kalau tengok trend sekarang, semakin ramai pengguna beralih kepada TV bersaiz besar. Tak kira untuk Netflix, siaran sukan, filem blockbuster atau gaming, pengalaman menonton memang jauh berbeza apabila skrin lebih besar dan teknologi paparan lebih canggih.

Hari ini terdapat pelbagai pilihan seperti OLED, Mini LED, QLED, QNED dan UHD Smart TV yang menawarkan warna lebih hidup, kontras lebih baik serta visual yang lebih tajam.

Di Harvey Norman, pengguna boleh memilih daripada pelbagai jenama popular seperti Philips, Hisense, Samsung, Sony, LG, Sharp dan Toshiba dengan pilihan saiz bermula daripada 32 inci sehingga melebihi 100 inci.
Kalau masih keliru nak pilih TV yang sesuai dengan ruang rumah dan bajet, Product Specialist Harvey Norman boleh membantu menjelaskan perbezaan teknologi yang ada.
Menariknya, sepanjang Mid-Year Clearance, pelanggan yang membeli TV 65 inci dan ke atas berpeluang memenangi salah satu daripada 48 unit Samsung 75 inci 4K TV bernilai RM4,999. Selain itu, terdapat juga Touch ‘n Go eWallet Credit dan Harvey Norman Gift Card bernilai sehingga RM6,000 untuk dimenangi.
Vakum Pintar Yang Boleh Kurangkan Kerja Rumah
Satu perkara yang ramai setuju, kerja rumah memang tak pernah habis.
Dengan jadual harian yang semakin sibuk, ramai pemilik rumah mula mencari penyelesaian yang boleh menjimatkan masa. Sebab itu permintaan terhadap vakum pintar dan peralatan pembersihan automatik semakin meningkat.

Di sinilah pentingnya mendapatkan nasihat Product Specialist Harvey Norman untuk memilih model yang sesuai mengikut saiz rumah, jenis lantai dan keperluan keluarga.
Tambahan pula, semakin ramai keluarga Malaysia memelihara kucing dan anjing di rumah, menjadikan pembersihan harian satu keperluan.

Selain vakum dan peralatan pembersihan rumah, pengguna juga boleh mendapatkan pelbagai produk penjagaan pakaian daripada jenama terkenal seperti Philips, Tefal, Electrolux, Laurastar dan Panasonic.
Sepanjang promosi Mid-Year Clearance, produk Garment Care ditawarkan dengan diskaun sehingga 65%.
Laptop AI Kini Bukan Sekadar Trend
Sejak kebelakangan ini, istilah “AI laptop” semakin kerap didengar. Tetapi hakikatnya masih ramai yang tertanya-tanya apa sebenarnya kelebihan laptop AI?
Teknologi AI hari ini mampu membantu pengguna bekerja dengan lebih produktif, menghasilkan kandungan dengan lebih pantas, mengurus tugasan harian dengan lebih cekap dan meningkatkan pengalaman penggunaan secara keseluruhan.

Tak kira anda seorang pelajar, pekerja korporat, pencipta kandungan, pereka grafik atau gamer, laptop AI menawarkan fungsi yang boleh membantu mempercepatkan pelbagai tugasan harian.
Namun, dengan lambakan spesifikasi yang ada di pasaran, memilih laptop yang sesuai bukan perkara mudah.
Sebab itu Harvey Norman mempunyai Next Gen AI Experts yang boleh membantu pelanggan memahami fungsi AI dengan lebih jelas serta mencadangkan model yang sesuai mengikut gaya hidup dan bajet masing-masing.

Sepanjang Mid-Year Clearance, pelanggan juga boleh menikmati penjimatan sehingga RM1,000 untuk laptop terpilih daripada jenama seperti ASUS, Acer, HP, Lenovo dan Microsoft.
Ruang Tamu Kini Perlu Lebih Daripada Sekadar Cantik
Jika dulu sofa dipilih berdasarkan rupa semata-mata, hari ini pengguna lebih mementingkan fungsi.
Ini kerana ruang tamu moden bukan lagi sekadar tempat menerima tetamu. Ia menjadi tempat menonton TV, bekerja, berehat dan kadangkala juga ruang tidur tambahan.
Sebab itu ramai pemilik rumah mula mencari sofa yang mempunyai fungsi tambahan seperti ruang simpanan, pemegang cawan, port pengecasan USB serta recliner manual atau elektrik.
Di Harvey Norman, pelanggan boleh melihat dan mencuba sendiri pelbagai pilihan sofa, set makan dan recliner daripada pelbagai rekaan moden mahupun klasik.

Malah Product Specialist mereka turut membantu mencadangkan pilihan yang sesuai berdasarkan susun atur rumah, gaya hidup dan bajet pengguna.
Lebih menarik, promosi Mid-Year Clearance menawarkan diskaun sehingga 70% untuk perabot terpilih di seluruh stor.
Tidur Lebih Berkualiti Kini Jadi Keutamaan
Ramai hanya sedar kepentingan tidur yang berkualiti selepas mengalami masalah badan letih walaupun tidur berjam-jam.
Sebab itu semakin ramai pengguna mula melabur dalam tilam premium dan katil boleh laras yang direka untuk memberikan keselesaan lebih baik.

Menariknya, katil boleh laras hari ini bukan lagi dikaitkan dengan katil hospital. Sebaliknya, ia kini menjadi sebahagian daripada gaya hidup moden yang memberi keselesaan tambahan ketika membaca, menonton TV atau berehat.
Harvey Norman menawarkan pelbagai pilihan tilam dan katil daripada jenama terkenal yang boleh dipadankan dengan rangka katil moden mengikut konsep bilik tidur masing-masing.

Lebih unik, beberapa cawangan turut dilengkapi teknologi AI BedMatch yang menganalisis tekanan badan, taburan berat dan penjajaran tubuh untuk mencadangkan tilam yang paling sesuai dengan profil tidur pengguna.
Sepanjang Mid-Year Clearance, pelanggan boleh menikmati diskaun sehingga 80% untuk produk bedding terpilih.
Shop With Confidence Di Harvey Norman
Salah satu perkara yang membuatkan ramai pengguna lebih yakin membeli-belah di Harvey Norman ialah pelbagai jaminan tambahan yang ditawarkan.
Antaranya termasuk Price Guarantee, di mana Harvey Norman akan memadankan harga yang lebih rendah jika ditemui dalam tempoh 10 hari selepas pembelian, malah akan tambah 10% atas perbezaan harga tersebut.
Selain itu, pelanggan juga menikmati 14-Day Exchange, pilihan Reserve For 7 Days serta Product Care untuk melindungi pembelian dalam jangka masa panjang.
Masa Yang Sesuai Untuk Upgrade Rumah?
Kadang-kadang upgrade terbaik bukanlah yang paling mahal, tetapi yang paling banyak memudahkan kehidupan harian.

Sama ada TV yang memberikan pengalaman hiburan lebih puas, laptop AI yang membantu produktiviti, vakum pintar yang menjimatkan masa, sofa yang lebih selesa atau tilam yang membantu tidur lebih lena, semuanya memberi kesan kepada kualiti hidup setiap hari.
Kalau memang dah lama merancang untuk menaik taraf rumah atau peralatan harian, Jualan Mid-Year Clearance Harvey Norman merupakan peluang yang sesuai untuk mula merealisasikannya sebelum promosi berakhir.
Lihat semua tawaran Mid-Year Clearance DI SINI.
Mastura adalah Ketua Penulis Editorial sepenuh masa di Oh! Media, pakar dalam menyampaikan artikel pemasaran dengan gaya yang santai namun penuh informasi, memastikan setiap kandungan mudah difahami dan relevan untuk pembaca.




