Penambahan calon wanita PKR bagi dua PRN sedang dimuktamadkan

Penambahan calon wanita PKR bagi dua PRN sedang dimuktamadkan
Penambahan calon wanita PKR bagi dua PRN sedang dimuktamadkan

Fadhlina (tengah) ketika membuat lawatan ke SJKC Heng Ee di Jalan Macalister pada Sabtu.

GEORGE TOWN – Keputusan mengenai kemungkinan penambahan kuota calon wanita PKR bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan masih dalam proses dimuktamadkan.

Ketua Wanita PKR, Fadhlina Sidek berkata, perkara itu sedang diperhalusi oleh kepimpinan parti sebelum sebarang pengumuman dibuat.

“Sedang dimuktamadkan, tetapi yang penting, lawan tetap lawan,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Penyerahan Surat Kelulusan Pembinaan Bangunan Baharu Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Heng Ee di sini pada Sabtu.

Fadhlina bagaimanapun tidak memperincikan jumlah kerusi yang bakal diperuntukkan kepada calon wanita di kedua-dua negeri tersebut.

Sebelum ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan diadakan secara berasingan.

Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun berkata, bagi PRN Johor, hari penamaan calon ditetapkan pada 27 Jun ini, manakala hari mengundi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai.

Katanya, bagi PRN Negeri Sembilan, hari penamaan calon ditetapkan pada 18 Julai manakala hari mengundi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos.

Scroll to Top