Sari Yanti Terhibur Bantu Jep Tulis Mesej Untuk Ronaldo, Bagi ‘Nasihat’ Piala Dunia

Sari Yanti Terhibur Bantu Jep Tulis Mesej Untuk Ronaldo, Bagi ‘Nasihat’ Piala Dunia

Oh! Artis

Jep Sepahtu DM Ronaldo beri nasihat Piala Dunia 2026.


Pelawak dan penyampai radio, Jep Sepahtu mencuri perhatian ramai selepas berkongsi mesej peribadi yang dihantarnya kepada bintang bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo.

Menerusi perkongsian di Instagram, Jep dilihat bersungguh-sungguh memberikan beberapa pandangan kepada Ronaldo menjelang saingan Piala Dunia 2026.

Jep Sepahtu beri ‘nasihat’ kepada Ronaldo

Jep

Dalam mesej tersebut, Jep terlebih dahulu memperkenalkan dirinya sebagai salah seorang daripada berbilion peminat Ronaldo dan berharap Portugal bakal muncul juara.

Bagaimanapun, Jep kemudian secara bersahaja memberitahu pemain tersebut bahawa tahap kelajuan dan kemahiran menggeleceknya kini tidak lagi sama seperti dahulu.

Jep turut mencadangkan agar Ronaldo lebih memberi tumpuan kepada percubaan ke arah gol selain menggunakan tandukan sebagai senjata utama pada Piala Dunia 2026.

Pada penghujung mesej, Jep sempat memberitahu Ronaldo supaya tidak perlu membalas mesejnya sekarang kerana memahami pemain itu sedang sibuk.

Menerusi ruangan kapsyen, Jep turut bertanya kepada pengikutnya pasukan manakah yang menjadi pilihan mereka sambil menyatakan sokongan terhadap Portugal.

Jep juga sempat berseloroh bahawa dia sudah menghantar permintaan untuk membuat hantaran kolaborasi bersama Ronaldo, namun beranggapan pemain tersebut mungkin sedang menjalani latihan.

Sari Yanti tak berhenti ketawa

Sari Yanti

Perkongsian Jep itu turut mendapat perhatian isterinya, pelakon Sari Yanti yang mengaku terhibur melihat kesungguhan suaminya menulis mesej kepada Ronaldo.

Gelagat Jep itu ternyata menghiburkan ramai apabila hantaran tersebut menerima ribuan tanda suka dan pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial.

Pssttt! Siapa sangka Ronaldo turut menerima ‘taktikal’ khas daripada Jep Sepahtu. Walaupun sekadar gurauan, kesungguhan Jep menulis mesej panjang itu memang cukup menghiburkan. Agaknya Ronaldo sempat baca tak?

Kredit: Thread Sari Yanti
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top