Pemandu Treler Hempap Honda City Hingga Empat Sekeluarga Maut Disahkan Positif Dadah

Pemandu Treler Hempap Honda City Hingga Empat Sekeluarga Maut Disahkan Positif Dadah

Trending

Pemandu treler positif dadah, ada 15 rekod saman trafik.


Empat sekeluarga termasuk seorang bayi berusia setahun maut selepas kereta dinaiki mereka dihempap sebuah treler di Kilometer 43 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak menghala Bentong.

Kemalangan tragis itu berlaku apabila treler yang membawa muatan habuk kayu dipercayai hilang kawalan ketika melalui laluan menuruni bukit dan berselekoh.

Treler terbalik sebelum hempap Honda City

Siasatan awal mendapati treler tersebut sedang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju Kuantan sebelum terbalik ke sebelah kiri jalan. Kenderaan berat itu kemudian menghempap sebuah Honda City yang berada di lorong kiri.

Honda

Terbaru Buletin TV3 melaporkan, pemandu treler yang terbabit dalam kemalangan berkenaan disahkan positif dadah jenis Methamphetamine.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, lelaki berusia 40 tahun itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong untuk menjalani ujian saringan air kencing selepas selesai menerima rawatan di hospital.

Saya sahkan pemandu berkenaan pagi tadi kita ambil saringan air kencingnya, jadi positif Methamphetamine, kita ambil pagi tadi lebih kurang jam 4.

Sebelum ini, Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman turut dilaporkan berkata pemandu lori berkenaan mempunyai 15 rekod saman trafik.

Pssttt! Tragedi ini meragut empat nyawa dalam sekelip mata dan meninggalkan kesan mendalam kepada keluarga mangsa. Semoga siasatan dijalankan dengan teliti dan tindakan sewajarnya diambil demi keadilan semua pihak.

Kredit: Buletin TV3
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top