Kamal Adli bengang dengar ucapan aktivis Rohingya -“Salahkan negara yang buang kau tu”

Kamal Adli bengang dengar ucapan aktivis Rohingya -“Salahkan negara yang buang kau tu”

Pelakon terkenal, Kamal Adli menjadi salah seorang daripada rakyat Malaysia yang geram dengan ucapan seorang aktivis Rohingya, Noor Azizah yang memuat naik satu potongan video ucapannya sewaktu menyeru orang ramai memakai baju hitam sebagai tanda solidariti terhadap komuniti Rohingya di seluruh dunia.

Dah dibantu, burukkan pula

Menerusi hantaran yang dikongsi Kamal atau nama sebenarnya, Ahmad Kamal Ahmad Adli, 40 di ruangan Thread, dia menyatakan bahawa Malaysia sudah menbantu etnik tersebut dengan memberikan tempat perlindungan dan makanan sehingga ada di antara pihak mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Namun, tindakan memburukkan Malaysia dalam salah satu ucapan sewaktu menerima penghargaan adalah satu hal yang sangat tidak wajar dan seperti ‘kacang lupakan kulit’.

“Kita ni bantu orang-orang dia bila tengah susah dibuang negara sendiri. Sambut baik-baik bagi tempat perlindungan, makanan, sampai ada niat nak tanah bagai.
“tiba-tiba salah satu diangkat dapat award apa tah, kau boleh buat open speech burukkan negara aku yang tolong orang-orang kau dengan ikhlas? Bukan salahkan negara yang buang kau tu!” ujarnya.

Ni lah wajah sebenar mereka

Hantaran yang dibuat Kamal telah mendapat perhatian ramai dan rata-rata netizen bersetuju dengan apa yang diperkatakan aktor terbabit.

Mana tidaknya, tuduhan yang dilempar oleh aktivis berkenaan cukup mengguris hati rakyat Malaysia lebih-lebih lagi dalam situasi sekarang yang sedang hangat berkenaan isu pelarian Rohingya ini.

Puak-puak dia kemain datang sini

Dengan pakai kebaya, kutuk negara yang bantu

 

Sebelum ini, Noor Azizah yang pernah menetap di Malaysia selama lapan tahun setengah turut meluahkan rasa kesal terhadap penyebaran kata-kata kebencian dan maklumat tidak tepat mengenai komuniti Rohingya.

Dia menjelaskan pengalaman hidupnya di Malaysia sebelum ini banyak bergantung kepada usaha sendiri serta bantuan masyarakat setempat, bukannya keistimewaan seperti yang didakwa sesetengah pihak.

Sumber: Thread kamaladli

Scroll to Top