UK umum larangan media sosial untuk bawah 16 tahun

UK umum larangan media sosial untuk bawah 16 tahun
UK umum larangan media sosial untuk bawah 16 tahun

Kanak-kanak di United Kingdom berusia bawah 16 tahun akan dilarang menggunakan media sosial. – Agensi

LONDON – Kanak-kanak di United Kingdom berusia bawah 16 tahun akan dilarang menggunakan media sosial dalam satu langkah yang disifatkan sebagai “detik besar untuk negara,” kata Perdana Menteri Britain, Keir Starmer pada Isnin.

Starmer mengumumkan sekatan tersebut dalam satu sidang media sambil memberi amaran bahawa media sosial memberi kesan terhadap kebahagiaan serta kesihatan mental kanak-kanak.

Beliau menegaskan tidak akan berkompromi dalam soal “keselamatan dan kebahagiaan anak-anak kita.”

Menurutnya, beliau yakin larangan itu boleh dilaksanakan dengan berkesan, namun mengakui terdapat kemungkinan segelintir kanak-kanak akan mencari cara untuk mengatasinya.

 

 

Scroll to Top