Piala Dunia 2026: Cape Verde 'rantai' Sepanyol 0-0

Piala Dunia 2026: Cape Verde 'rantai' Sepanyol 0-0

Atlanta: Sepanyol yang dianggap antara pasukan pilihan kejohanan dikejutkan apabila sekadar seri tanpa jaringan 0-0 menentang Cape Verde dalam aksi pembukaan Kumpulan H Piala Dunia 2026 di Atlanta pada Isnin.

Skuad ranking kedua dunia itu mendominasi hampir keseluruhan perlawanan, namun gagal menembusi ketumpulan serangan sendiri serta ketahanan luar biasa benteng Cape Verde yang turun sebagai debutan di pentas dunia.

Cape Verde, pasukan ranking ke-67 dunia, tampil cukup berdisiplin dengan penjaga gol Vozinha menjadi watak utama apabila beberapa kali menafikan percubaan berbahaya Sepanyol, termasuk menepis tandukan Mikel Oyarzabal serta menafikan rembatan Ferran Torres dan Aymeric Laporte.

Sepanyol hampir membuka jaringan pada babak pertama apabila Torres melepaskan rembatan jarak dekat yang terkena palang, sebelum Cape Verde terus bertahan dengan penuh ketenangan hingga rehat separuh masa.

Bintang muda Lamine Yamal yang dimasukkan pada babak kedua untuk menambah kreativiti serangan juga gagal memberi impak besar, apabila Cape Verde kekal kebal hingga wisel penamat.

Malah, pasukan Afrika itu turut mencipta beberapa peluang lewat permainan untuk mencuri kemenangan sensasi, namun keputusan kekal 0-0 yang dianggap antara kejutan awal kejohanan.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top