Oh! Negara
Dua anggota TDM dilaporkan maut ketika latihan membaling grenad di Kem Hobart, Kedah pada Selasa.
Dua anggota Tentera Darat Malaysia dilaporkan meninggal dunia selepas terbabit dalam insiden letupan ketika menjalani latihan di Kem Hobart, Kedah pada Selasa.
Kejadian itu berlaku semasa Latihan Membaling Grenad yang dijalankan dalam Latihan Peningkatan Tempur Rejimen Askar Jurutera Diraja Divisyen Kedua Infantri Malaysia.
Anggota TDM meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital

Menurut kenyataan Cawangan Komunikasi Strategik Markas Tentera Darat, insiden itu berlaku sekitar jam 10.57 pagi.
Mangsa yang terlibat ialah Koperal Norazmi Abu Bakar daripada Batalion Keenam Rejimen Askar Melayu Diraja dan Prebet Siti Khadijah binti Sungip daripada Skuadron Pertama Rejimen Askar Jurutera Diraja.
Dua mangsa terbabit kemudian dikejarkan ke Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani bagi mendapatkan rawatan lanjut, namun disahkan meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke hospital.- Kata wakil tentera.
Jenazah dibawa untuk bedah siasat

Menurut kenyataan sama, jenazah kedua-dua anggota akan dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar bagi proses bedah siasat.
Sementara itu, Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Azhan Md Othman menzahirkan rasa dukacita atas pemergian kedua-dua anggota terbabit.
Beliau turut menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa dan mendoakan agar mereka diberikan ketabahan menghadapi kehilangan insan tersayang.
Siasatan terperinci dijalankan

Dalam perkembangan sama, Azhan telah mengarahkan siasatan terperinci dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.
TDM turut memberi jaminan bahawa aspek keselamatan latihan akan terus diberi perhatian dan penambahbaikan sewajarnya akan dibuat berdasarkan hasil siasatan.
Sebarang perkembangan lanjut berhubung insiden ini akan dimaklumkan melalui saluran rasmi Tentera Darat Malaysia.
Pssttt! Salam takziah Ohmedia ucapkan kepada keluarga kedua-dua anggota yang terkorban. Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan keluarga yang ditinggalkan diberikan kekuatan untuk melalui ujian berat ini.
Kredit: Sinar Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!




