
Muhyiddin (kiri) mempengerusikan Mesyuarat MPT di Ibu Pejabat Bersatu pada Selasa.
PETALING JAYA – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak boleh disingkirkan daripada Perikatan Nasional (PN) secara unilateral.
Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan bahawa parti itu akan terus kekal dalam gabungan berkenaan dan akan menggunakan logo PN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan.
“Walau dalam keadaan apa sekali pun, malam ini ditegaskan lagi oleh Majlis Tertinggi, kita akan terus kekal sebagai anggota PN dan tidak ada mana-mana pihak pun yang boleh mengambil tindakan untuk menyingkirkan Bersatu.
“Kalau ikut Perlembagaan, ada fasal-fasal yang perlu dipatuhi antaranya mesti ada konsensus, maknanya tidak boleh satu pihak sahaja, mesti kesemua bersetuju.
“Jadi, itu menguatkan lagi kedudukan kita sebagai anggota parti dalam Perikatan Nasional,” katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) di Ibu Pejabat Bersatu di sini pada Selasa.
MENYUSUL



