“Niat Saya Bukan Bela Mana-Mana Pihak” – Aisar Khaled Mohon Maaf Isu Pembantu Rumah Dipukul Majikan

“Niat Saya Bukan Bela Mana-Mana Pihak” – Aisar Khaled Mohon Maaf Isu Pembantu Rumah Dipukul Majikan

Trending

Aisar Khaled mengakui tidak membuat kajian mencukupi mengenai isu pembantu rumah dan majikan.


Pempengaruh media sosial, Aisar Khaled tampil memohon maaf berkaitan isu melibatkan seorang pembantu rumah dan majikannya di Johor.

BACA: Video Pukul Pembantu Rumah Tersebar, Dua Pasangan Suami Isteri Ditahan Polis

Menerusi perkongsian di Threads, Aisar mengakui dirinya tidak melakukan kajian yang mencukupi sebelum berkongsi video berkenaan sehingga menimbulkan salah faham dalam kalangan orang ramai.

Akui tidak teliti isu dengan mendalam

aisar khaled

Menurut Aisar, dia baru menyedari terdapat kekhilafan selepas membaca dan meneliti isu itu dengan lebih mendalam.

Dalam masa sama, Aisar menjelaskan bahawa niatnya bukan untuk membela mana-mana pihak atau menggambarkan rakyat Malaysia secara negatif.

aisar khaled

Aisar turut memohon maaf sekiranya hantaran tersebut telah menimbulkan salah faham, menyinggung perasaan atau menyebabkan ketidakselesaan kepada mana-mana pihak.

Menurutnya, setiap individu berhak dilayan dengan maruah dan rasa hormat tanpa mengira latar belakang atau peranan mereka.

Dia turut berharap agar kes seperti itu tidak berulang pada masa hadapan dan hubungan antara majikan serta pembantu rumah dapat dibina atas dasar saling menghormati dan bertanggungjawab.

Pssttt! Tindakan mengakui kesilapan dan memohon maaf secara terbuka bukanlah sesuatu yang mudah. Namun, setiap perkongsian mengenai isu sensitif perlu dibuat selepas semakan yang teliti supaya tidak menimbulkan salah faham atau menjejaskan mana-mana pihak. Semoga perkara ini menjadi pengajaran kepada semua agar lebih berhati-hati sebelum berkongsi sesuatu isu di media sosial.

Kredit: Thread @aisar_khaledd
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top