Akaun Instagram Noor Azizah Rohingya Didakwa Terus Lesap

Akaun Instagram Noor Azizah Rohingya Didakwa Terus Lesap

Oh! Tidak

Noor Azizah dikritik selepas kenyataannya tentang bahasa Melayu tular di media sosial.


Sebelum ni dia ubah akaun Instagram jadi private, hari ni terus lesap? Hasil pemerhatian Ohmedia, akaun media sosial milik aktivis Rohingya, Noor Azizah dilaporkan telah disekat dan tidak dapat diakses pagi ini.

Perkara itu berlaku selepas namanya hangat diperkatakan susulan beberapa kenyataan yang mencetuskan rasa kurang senang dalam kalangan pengguna media sosial di Malaysia.

Difahamkan, ramai pengguna media sosial dah buat report terhadap akaun Noor Azizah di beberapa platform termasuk Instagram, TikTok dan Threads.

Tindakan itu dibuat selepas netizen mendakwa kenyataan aktivis berkenaan seolah-olah tidak menghormati Malaysia, khususnya melibatkan isu bahasa Melayu dan layanan terhadap pelarian Rohingya.

Isu bahasa Melayu jadi perhatian

Instagram profile for Noor.azizah.rohingya showing a private account, profile photo, bio, follower/following counts, and a 'Follow' button.

Sebelum akaun media sosialnya dilaporkan disekat, Noor Azizah terlebih dahulu tular menerusi satu rakaman video yang memaparkan kenyataannya mengenai bahasa Melayu.

Menurutnya, bahasa Melayu mempunyai terlalu banyak dialek sehingga membuatkan dirinya kurang berminat untuk memahami dan menguasai bahasa itu dengan baik.

Saya boleh cakap bahasa Melayu, tapi saya tidak tahu bahasa Melayu terlalu banyak. Saya bukan orang Melayu. Saya tidak mempunyai keinginan untuk bercakap bahasa Melayu.

Saya tahu aksent Australia sedikit. Saya mempunyai keinginan untuk bercakap bahasa Rohingya walaupun mempunyai aksent Australia dan saya boleh bercakap sedikit Urdu.- Katanya.

Ucapan di Australia turut dikecam

Ohmedia noor azizah

Bukan itu sahaja, Noor Azizah juga sebelum ini pernah dikecam selepas ucapannya dalam satu majlis anugerah di Australia menyentuh nasib pelarian Rohingya di Malaysia.

Dalam ucapan itu, dia turut membangkitkan isu yang dihadapi komuniti Rohingya di beberapa negara serantau termasuk Indonesia dan Thailand.

Noor Azizah juga mendakwa lebih 2,000 kanak-kanak Rohingya di Malaysia kini ditempatkan di pusat tahanan imigresen dan membesar di sebalik jeriji besi, bukannya di bilik darjah.

Dakwaan tersebut membuatkan ramai netizen mempertikaikan tindakannya yang dilihat lantang mengkritik Malaysia di pentas antarabangsa.

Pssttt! Dalam isu macam ni, media sosial memang boleh jadi tempat orang meluahkan rasa tak puas hati. Tapi pada masa sama, setiap kenyataan tentang negara, bahasa dan masyarakat perlu dibuat dengan lebih berhati-hati sebab kesannya bukan kecil.

Kredit: Instagram
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Scroll to Top