suharmin.yusuf@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Seorang lelaki ditahan polis selepas dipercayai memukul dan mengugut seorang individu dengan menunjukkan objek menyerupai pistol di sebuah kedai makan di Desa Sri Puteri, Cheras, pada 9 Jun lalu.
Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, kejadian dilaporkan berlaku kira-kira jam 11.05 pagi dan membabitkan suspek berusia 31 tahun.
“Ketika kejadian, suspek bertindak memukul dan mengugut individu terbabit dengan menunjukkan objek yang menyerupai pistol.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 323/506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 8 Akta Senjata Api 1960,” katanya dalam kenyataan ringkas, hari ini.
Beliau berkata, setakat ini, kes masih dalam siasatan.
© New Straits Times Press (M) Bhd




