Puteri Mahkota Norway Mette-Marit terima paru-paru baharu

Puteri Mahkota Norway Mette-Marit terima paru-paru baharu

Stockholm: Puteri Mahkota Norway Mette-Marit yang menghidap penyakit serius berjaya menjalani pembedahan pemindahan paru-paru, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) memetik pengumuman keluarga diraja pada Rabu.

Mette-Marit, 52, menghidap fibrosis pulmonari, iaitu penyakit yang tidak boleh disembuhkan dan menyebabkan parut pada tisu paru-paru serta menyukarkan pernafasan. Isteri kepada Putera Mahkota Haakon itu menggunakan tangki oksigen untuk membantu pernafasan dalam kehidupan sehariannya.

Istana Diraja di Oslo mengumumkan pada 5 Jun bahawa Mette-Marit telah dimasukkan dalam senarai menunggu untuk menerima paru-paru baharu.

Menurut agensi berita Norway NTB yang memetik Yayasan Pendermaan Organ negara itu, bilangan penderma organ yang berpotensi di Norway meningkat dengan ketara selepas pengumuman berkenaan dibuat.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top