Anwar arah segerakan perjalanan tanpa visa, penerbangan terus Rusia-Malaysia

Anwar arah segerakan perjalanan tanpa visa, penerbangan terus Rusia-Malaysia

KAZAN – Urusan berkaitan kemudahan perjalanan tanpa visa serta penerbangan terus Malaysia dan Rusia perlu disegerakan bagi meningkatkan jumlah pelancong Rusia ke Malaysia, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bercakap kepada media Malaysia pada sidang akhbar penutup selepas lawatan kerja dua hari beliau ke Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-Rusia di sini, Anwar berkata, jumlah pelancong Rusia ke Malaysia masih rendah berbanding negara lain yang mempunyai hubungan baik dengan Moscow.

“Terdapat lima juta pelancong (dari Rusia) setiap tahun ke Turkiye, dua juta ke Thailand. Tetapi, mengapa hanya 100,000 pelancong ke Malaysia?

“Isu penerbangan, isu pembayaran, bentuk pembayaran yang menjadikannya sukar. Kadangkala kita tersekat dengan prosedur lama, kuno dan terlalu bimbang akan kemungkinan tanggapan dan reaksi negatif negara lain,” kata beliau.

Anwar berkata, perkara sama turut melibatkan negara lain termasuk Iran dan isu itu tidak seharusnya dihalang oleh kebimbangan terhadap reaksi negara tertentu.

AKAN MENYUSUL

Scroll to Top