Paris: Penyerang Ivory Coast, Elye Wahi, akhirnya menerima kelulusan visa untuk memasuki Kanada bagi aksi Piala Dunia menentang Jerman selepas berdepan penolakan berhubung dakwaan berkaitan kesalahan ‘spot-fixing’ sebelum ini .
Menurut sumber rapat dengan pemain berkenaan, pihak berkuasa Kanada sebelum ini meminta maklumat lanjut berhubung status undang-undang Wahi sebelum membuat keputusan semula terhadap permohonan visa berkenaan.
Bagaimanapun, peguam pemain berusia 21 tahun itu menegaskan bahawa Wahi tidak berdepan sebarang pertuduhan mahupun sekatan undang-undang pada ketika ini.
“Elye Wahi tidak berdepan sebarang pertuduhan setakat ini dan tidak tertakluk kepada sebarang sekatan kehakiman,” kata peguam Wahi.
© New Straits Times Press (M) Bhd




