Haqiem Stopa niaga ‘affiliate’, Abby Abadi titip kata semangat – “Kaya nanti baru orang pandang”

Haqiem Stopa niaga ‘affiliate’, Abby Abadi titip kata semangat – “Kaya nanti baru orang pandang”

Pelakon Abby Abadi tampil memberikan kata-kata semangat kepada pempengaruh media sosial Haqiem Stopa setelah lelaki itu meluahkan rasa penat apabila sering menjadi sasaran kecaman netizen.

Jalan terus sampai kaya raya

Menerusi hantaran di Threads, Abby atau nama sebenarnya, Arbaiyah Abdul Manandilihat menyokong Haqiem untuk meneruskan usaha mencari rezeki menerusi perniagaan dan aktiviti affiliate tanpa mempedulikan pandangan negatif segelintir pihak.

“Teruskan je.. gempak dah tu! Abaikan mereka.. jalan terus sampai kaya raya.. kaya raya nanti baru orang pandang,” ciapannya, semalam.

Tambah Abby lagi, Haqiem tidak perlu terlalu memikirkan kecaman yang diterima, sebaliknya fokus kepada usaha yang dilakukan sehingga mencapai kejayaan.

Terdahulu, Haqiem meluahkan rasa kecewa apabila apa sahaja yang dilakukan sering dipersoalkan dan menerima kritikan daripada netizen.

Dalam perkongsiannya, Haqiem berkata dia berasa serba salah kerana setiap pekerjaan yang dilakukan seolah-olah tidak pernah terlepas daripada kecaman.

“Aku jadi lembut dipersalahkan. Kalau aku kaki perempuan minta sana sini rasa lagi disalahkan. Aku niaga ayam gepuk salah. Buat affiliate salah di kata tunggangnya anak.
“Adeh aku dah tak tahu nak kerja apa dah ni. Allah,” luahnya.

Artikel lain: Kes Haqiem Stopa: Zul Huzaimy minta tak kecam mat rempit, anggap dikelilingi wanita hal biasa

Perkongsian Haqiem itu kemudian menarik perhatian ramai termasuk Abby yang tampil memberikan sokongan moral agar pempengaruh berkenaan terus kuat berdepan kritikan dan tidak mudah berputus asa dalam mencari rezeki.

Sumber: Threads abbyabadi_112

Scroll to Top