Patimah Ismail Titip Pesan Mohon Jangan Ganggu Kebahagiaan Fazura & Que Haidar

Patimah Ismail Titip Pesan Mohon Jangan Ganggu Kebahagiaan Fazura & Que Haidar

Isteri kepada penerbit terkenal, Datuk Yusuf Haslam iaitu Datin Patimah Ismail menjadi perhatian apabila meninggalkan komen pada video memaparkan Fazura dan Que Haidar.

Menerusi satu hantaran di Threads, seorang individu memuat naik semula video memaparkan momen mesra Fazura dan Que.

BACA: “Apa Dosanya Sentuh Muka Kawan-Kawan?” – Datin Patimah ‘Backup’ Fazura

Kata individu itu, Fazura kini dilihat lebih tenang, bahagia serta menjadi diri sendiri. 

Video tersebut turut mendapat perhatian Datin Patimah yang meninggalkan komen menitipkan pesan agar tidak mengganggu kebahagiaan Que Haidar dan Fazura.

Komen Datin Patimah itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut bersetuju serta mendoakan agar kebahagiaan itu berkekalan.


Scroll to Top