Kediaman mewah Trump di Greenwich bakal dirobohkan pemilik baharu

Kediaman mewah Trump di Greenwich bakal dirobohkan pemilik baharu

WASHINGTON – Rumah agam di Greenwich, Connecticut, yang pernah didiami oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dan isteri pertamanya Ivana Trump, bakal dirobohkan oleh pemilik baharu bagi pembangunan semula kawasan berkenaan, lapor Sputnik/RIA Novosti memetik laporan Page Six pada Jumaat.

Menurut laporan itu, pemilik baharu berkenaan merancang untuk membina gelanggang tenis terbuka dan tertutup, kolam renang terbuka, beberapa bangunan tambahan, serta sebuah rumah utama yang baharu.

Projek rumah baharu itu sedang direka oleh firma arkitek Robert A.M. Stern Architects, yang sebelum ini pernah mereka bentuk Perpustakaan Presiden George W. Bush di Dallas, Texas, pada 2009.

Ivana Trump memiliki rumah agam itu selepas perceraian mereka pada 1992 sebelum menjualnya pada 1998. Rumah berkenaan kemudiannya dijual kepada pemilik baharu pada 2024, iaitu dua tahun selepas kematian isteri pertama pemimpin AS itu, pada harga AS$31.5 juta, kata laporan itu. – Bernama

 

 

 

Scroll to Top