22 jam main pickleball, Anna Jobling trauma

22 jam main pickleball, Anna Jobling trauma

KUALA LUMPUR: Pelakon, Anna Jobling mengakui trauma untuk bermain pickleball selepas 22 jam menjalani sesi penggambaran drama Dink! I Love You.

Menurut Anna, sesi permainan yang dijalankan secara intensif itu dilakukan demi mendapatkan visual babak yang cantik sekali gus membuatkan dirinya hilang minat untuk bermain sukan tersebut.

“Demi mendapatkan babak yang cantik, kami perlu menjalani sesi penggambaran selama 22 jam tanpa henti. Saya jadi trauma apabila terpaksa membuat perkara sama berulang kali.

“Saya pula tidak minat sangat dengan sukan pickleball. Malah saya juga tidak mahir. Selesai saja sesi penggambaran saya tidak lagi main pickleball selama enam bulan,” katanya.

Anna berkata demikian ketika ditemui pada majlis Tayangan Perdana drama Dink! I Love You, baru-baru ini.

Anna bagaimanapun bersyukur kerana tidak mengalami sebarang kecederaan fizikal sepanjang menjayakan babak yang diinginkan oleh pihak produksi.

“Rasa nak putus asa itu ada tetapi tidaklah sampai menangis ataupun mahu berhenti penggambaran. Saya cuma penat sahaja tapi Alhamdulillah tiada kecederaan berlaku.

“Lagipun untuk mengekalkan stamina, sebagai persediaan saya hanya minum air, berehat bila perlu dan sentiasa berfikiran positif.

“Sudah tentu kita akan cepat penat tapi kita ada barisan pelakon, kru, pengarah dan persekitaran yang positif, seronok serta energetik, penat pun kita tak kisah asalkan kerja selesai,”jelasnya.

Selain Anna, naskhah terbitan UTV itu turut dibintangi Arfie Shah, Aedy Ashraf, Dottie dan Juzzthin.

Scroll to Top