Oh! Artis
Rizky Billar ambil tindakan undang-undang terhadap enam akaun yang didakwa sebar fitnah tentang rumah tangganya.
Isu melibatkan Rizky Billar nampaknya makin serius apabila pelakon Indonesia itu memilih untuk membawa perkara ini ke saluran undang-undang.
Suami kepada Lesti Kejora itu dikatakan menjadi sasaran beberapa dakwaan di media sosial termasuk isu curang, anak luar nikah dan mahu berpisah dengan isterinya.
Rizky Billar ambil tindakan undang-undang

Menurut laporan media Indonesia, Rizky Billar telah membuat laporan terhadap sekurang-kurangnya enam pemilik akaun media sosial.
Akaun terbabit dipercayai terlibat dalam penyebaran maklumat palsu yang menjejaskan nama baik dirinya dan keluarga.
Peguam yang mewakili Rizky berkata, tindakan itu dibuat bagi mempertahankan reputasi pelakon berkenaan.
Nafi dakwaan dengan wanita bernama Asila Maisa
Dalam masa sama, Rizky Billar turut menafikan dakwaan yang mengaitkan dirinya dengan seorang wanita dikenali sebagai Asila Maisa.
Beliau juga menolak tuduhan kononnya mempunyai anak luar nikah serta merancang untuk bercerai dengan Lesti Kejora.
Menurut peguamnya, terdapat akaun yang didakwa menggunakan AI dan menyebarkan cerita palsu semata-mata untuk meraih keuntungan.
Ada yang menggunakan AI dan akaun-akaun ini kebanyakannya hanya mahu mencari keuntungan.- Ujar peguamnya.
Boleh berdepan hukuman
Kes berkenaan kini difahamkan berada dalam perhatian pihak berkuasa. Individu yang terlibat boleh dikenakan tindakan undang-undang sekiranya didapati bersalah.
Menurut laporan, mereka berpotensi berdepan hukuman denda serta penjara antara lima hingga 15 tahun bergantung kepada kesalahan yang dilakukan.
Pssttt! Dalam dunia media sosial sekarang, laju sangat orang sebarkan cerita sebelum sempat semak betul atau tidak. Jadi korang hati-hati bila berkongsi dakwaan tentang rumah tangga orang, sebab silap langkah boleh makan diri.
Kredit: Instagram peguam
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!




