Ratu filem seram paling ikonik

Ratu filem seram paling ikonik

DUNIA sinematik Asia melahirkan ratu filem seram yang ikonik menerusi naskhah yang menyeramkan.

Lakonan mantap dan berbekas menjadikan mereka terus dikenang sebagai pemain watak seram paling menyeramkan dalam sejarah perfileman.
Berikut empat ratu filem seram yang tidak tergugat, memegang takhta sehingga ke hari ini.

EIHI SHIINA (JEPUN)

Shiina diingati menerusi karakter Asami Yamazaki, satu daripada watak antagonis paling menyeramkan dalam sejarah perfileman Asia.
Shiina mempersembahkan lakonan terbaik menerusi lakonannya yang dua karakter berbeza, wanita yang bertopeng syaitan.

IM SOO JUNG (KOREA SELATAN)

Im berjaya menghidupkan watak Bae Su Mi dalam naskhah master piece arahan Kim Jee-Woon, A Tale Of Two Sister yang dibikin pada 2003. Menerusi filem itu, Im melakonkan dan menghidupkan karakter seorang kakak yang mempertahankan adiknya, namun berperang dengan halusinasi.

INTIRA CHAROENPURA (THAILAND)

Antara filem seram Thailand yang paling membekas dan dikenang sehingga ke hari ini adalah Nang Nak yang diterbitkan pada 1999.
Intira Charoenpura ketika itu meniti bibir ramai peminat filem seram kerana keberkesanannya melakonkan watak Nak, wanita yang telah mati tetapi kembali menghantui kerana enggan berpisah dengan suaminya bernama Mak.

SUZANNA (INDONESIA)

Suzanna sehingga ke hari ini memegang takhta Ratu Filem Seram Indonesia menerusi watak Sundel Bolong yang diterbitkan sekitar 1982.
Lakonannya yang menghidupkan watak sundel bolong, sosok mistik yang membalas dendam selepas dibunuh ketika sarat mengandung menjadi rujukan pelakon filem seram hari ini.

Scroll to Top