PRN Johor: Bekas menteri, Exco, ahli Parlimen antara 56 calon PH

PRN Johor: Bekas menteri, Exco, ahli Parlimen antara 56 calon PH

TANGKAK – Bekas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik antara nama besar yang diumumkan sebagai calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16.

Pengumuman senarai 56 calon PH itu dibuat oleh Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu majlis di Bukit Gambir, Tangkak malam Isnin.

Selain itu, Ahli Parlimen Pulai, Suhaizan Kaiat turut dicalonkan di kerusi DUN Larkin, manakala Naib Pengerusi Amanah Johor, Dr Zuhan Zain ditampilkan di DUN Mahkota yang sebelum ini dianggap kubu kuat UMNO.

Calon PKR bagi kerusi DUN N41 Puteri Wangsa, Dr Maszlee Malik.

Calon PKR bagi kerusi DUN N41 Puteri Wangsa, Dr Maszlee Malik.

Selain itu, dua bekas Exco Kerajaan Johor era Pakatan Harapan (PH) iaitu Mohd Khuzzan Abu Bakar (Semerah) dan Dzulkefly Ahmad (Kota Iskandar) kembali mewakili kerusi masing-masing yang ditandingi sebelum ini.

Muka baharu iaitu Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Johor, Faezuddin Puad (Kempas) dan Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Johor dan Mohd Fakharuddin Moslim (Pasir Raja).

Ahli Parlimen Batu Pahat, Onn Abu Bakar pula kali ini mencuba nasib di kerusi DUN Senggarang sementara Noraziah Mohd Razit (Buloh Kasap); Ng Kor Sim (Jementah); Jalex Lee En Xiang (Pemanis) dan Mohd Afif Abd Hamid (Kemelah).

Turut mempertaruhkan nasib Elia Nadira Sabudin (Tenang); Tay Yok Jiuen (Bekok); C Subramani (Bukit Kepong); Muhd Najib Lep (Bukit Pasir); Mohd Nor Mohd Yusof (Gambir) dan Ee Chin Li (Tangkak).

Ini termasuk Ahmad Nazari Abd Hamid (Serom); Ng Yak Howe (Bentayan) Nazri Abd Rahman (Simpang Jeram); Md Ysahrudin Kusni (Bukit Naning); Muhammad Taqiuddin (Maharani) dan Ayna Soraya Badaruddin (Sungai Balang).

Hishamuddin (Sri Medan); Yong Hui Yi (Yong Peng); Ramli Abd Hamid (Semarang); Md Ezam Md Taslim (Parit Yaani); Shazwan Dzainal Abidin (Parit Raja); Felicia Poh Rui Ling (Penggaram); Mohamad Yazid Bakri (Rengit) dan Nor Hafiz Roslan (Machap).

Sementara Guna Balakrishnan (Layang Layang); Chu Poh Yee (Mengkibol); Dr Ruben Arumungum (Paloh); Mohd Sabri Abd Kadir (Kahang); Saiful Nizam Samad (Endau); Md Yusof Dawam (Tenggaroh) Ahmad Daniel Sharudin (Panti) dan Amirul Husni Onn (Sedili).

Danish Hossman Abd Rahman (Johor Lama); Mohd Sawaludin Salleh (Penawar);Faizul Abdul Ghani (Tanjung Surat); Nor Zulaila Abd Ghani (Tiram); Lee Wern Yiing (Johor Jaya) dan Teo Siew Hui (Permas).

Cheng Kah Eng (Stulang); Alan Tee Boon Tsong (Perling); Kartiyaini Jeyapalan (Skudai); Mohamad Shafwan Ani (Bukit Permai); Chiong Sen Sern (Bukit Batu); Wong Bor Yang (Senai); Abd Razak Ismail (Benut); Haniff@Ghazali Hosman (Pulai Sebatang); Yeo Tung Siong (Pekan Nanas) dan Cheah Chee Hong (Kukup).

 

 

Scroll to Top