lokman.khairi@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Isu kedudukan BERSATU dalam gabungan Perikatan Nasional (PN) tidak dibincangkan dalam Mesyuarat Tergempar Majlis Tertinggi PN, malam ini.
Perkara itu disahkan Presiden BERSATU merangkap Timbalan Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin.
“Tak dibincangkan (kedudukan BERSATU dalam PN), tapi bawa isu keahlian baru.
“BERSATU kekal dan abadi sampai bila-bila (dalam PN),” katanya yang ditemui pemberita di pekarangan Pejabat Agung PAS, di sini, malam tadi selepas mesyuarat berakhir.
Mesyuarat itu bermula pada 8.30 malam dan selesai kira-kira 11.30 malam.
Muhyiddin dan Naib Presiden BERSATU Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dilihat terus meninggalkan Pejabat Agung PAS sebaik mesyuarat selesai tanpa menghadiri sidang media.
Terdahulu, media melaporkan PN akan mengadakan mesyuarat tergempar bagi membincangkan keanggotaan parti gabungan itu di Pejabat Agung PAS pada Isnin dan antara isu yang dijangka dibentangkan adalah mengenai penggunaan nama gabungan itu.
© New Straits Times Press (M) Bhd




