Status Bersatu dalam PN tidak dibincang, hanya sentuh keahlian parti baharu – Muhyiddin

Status Bersatu dalam PN tidak dibincang, hanya sentuh keahlian parti baharu – Muhyiddin

KUALA LUMPUR – Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan tiada perbincangan tentang status parti itu dalam Perikatan Nasional (PN) ketika mesyuarat tergempar gabungan itu yang berlangsung pada malam Isnin.

Beliau berkata, mesyuarat tersebut sebaliknya hanya memberi tumpuan kepada isu keahlian parti baharu dalam PN.

“Tidak bincang (status Bersatu), bawa isu keahlian (parti baharu),” katanya ringkas kepada media selepas menghadiri mesyuarat berkenaan di Pejabat Agung Pas.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada kedudukan Bersatu dalam PN menjadi antara perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat tergempar tersebut.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan PN akan mengadakan mesyuarat tergempar bagi membincangkan keanggotaan parti gabungan PN di Pejabat Agung Pas di Kuala Lumpur pada malam Isnin.

Dalam notis yang ditandatangani Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan bertarikh 18 Jun 202, sidang berkenaan akan berlangsung berdasarkan Fasal 10 (Pemberitahuan Mesyuarat dan Agenda) dan Fasal 12 (Kekerapan Mesyuarat

Dalam pada itu, Muhyiddin secara berseloroh memberitahu Bersatu akan kekal dan abadi sampai bila-bila ketika diajukan soalan sama ada Bersatu akan terus kekal dalam PN atau mengambil keputusan keluar dari gabungan itu.

 

Scroll to Top