Di sebalik ujian kewangan dan kisah rumah tangga yang pernah menjadi perhatian ramai, Datuk Red kini bersedia membuka lembaran baharu dalam hidupnya.
Bekas suami penyanyi Adira Suhaimi itu mengesahkan bakal mendirikan rumah tangga bersama seorang usahawan dikenali sebagai Rohanita pada Julai depan.
Bermula daripada urusan perniagaan
Datuk Red berkata hubungannya dengan Rohanita pada awalnya terjalin menerusi urusan perniagaan. Rohanita yang berstatus ibu tunggal kepada seorang anak dikatakan berjaya mencuri hatinya kerana memiliki sikap matang dan mudah memahami dirinya.
Saya jatuh cinta sebab dia cepat faham perangai saya. Kami sama-sama berniaga. Berborak pasal perniagaan. Jarang borak pasal bercinta. Kami memang fokus berniaga. Saya kenal dia dalam tahun ini juga. Asalnya daripada tolong reviu barang dan berniaga, lama-lama kami berkenalan dan akhirnya nak berkahwin.
Menurut Datuk Red, keserasian mereka banyak terbina menerusi perbincangan mengenai perniagaan dan bukannya perkara romantik semata-mata.
Malah, kesediaan Rohanita untuk menerima dirinya ketika berdepan kesukaran kewangan membuatkan dia semakin yakin untuk membawa hubungan tersebut ke fasa seterusnya.
Alhamdulillah dia terima saya seadanya. Terima di saat saya tidak ada apa-apa. Saya kahwin bukan sebab nak minta tolong bayar hutang, saya hanya nak berniaga dengan dia. Kami bantu-membantu.
Dalam masa sama, Datuk Red melihat perkahwinan tersebut sebagai jawapan kepada dakwaan segelintir pihak yang menganggap dirinya masih belum melupakan kisah lama.
Majlis pernikahan mereka dirancang berlangsung secara sederhana di Kuala Lumpur dengan hanya memberi tumpuan kepada perkara wajib iaitu akad nikah.
Pssttt! Kadang-kadang jodoh hadir ketika seseorang sedang melalui fasa paling sukar dalam hidup. Semoga keputusan Datuk Red dan Rohanita untuk mendirikan rumah tangga dipermudahkan serta hubungan mereka kekal atas dasar keikhlasan dan saling memahami.
Kredit: mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.




