Sindir menyindir ini lumrah media sosial – Altimet

Sindir menyindir ini lumrah media sosial – Altimet

PETALING JAYA: Penyanyi rap yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Lembah Jaya, Altimet, 47, meluahkan rasa kurang senang dengan tindakan pihak tertentu yang menggunakan nama dan jawatannya untuk menyindir pelawak yang juga Pemimpin Pemuda UMNO Bahagian Kluang, Shahrol Shiro.

Menurut empunya nama penuh Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad, dia bagaimanapun berlapang dada kerana amalan sindir menyindir itu lumrah dalam media sosial.

“Sebenarnya, aku kurang senang bila orang guna nama atau jawatan aku utk menyindiri Shahrol. Tapi sindir menyindiri ini lumrah dekat media sosial,” kongsinya menerusi satu hantaran dalam Threads.

Dalam masa yang sama, Altimet merasakan Shahrol patut diberi peluang untuk terus berkhidmat kerana komitmennya dalam menjalankan tugas.

“Apa-apa pun dia kenalan aku dan aku nampak dia bekerja keras sebagai ahli majlis. Aku rasa dia patut diberi peluang utk terus berkhidmat,” katanya lagi. – UTUSAN

Scroll to Top