Abby Abadi Nafi Dengki Dengan Anak Sendiri

Abby Abadi Nafi Dengki Dengan Anak Sendiri

Pelakon Abby Abadi menafikan dakwaan seorang individu yang menuduh dirinya dengki dengan anaknya sendiri.

Menerusi satu perkongsian di Threads, Abby menyifatkan tuduhan itu adalah fitnah serta mempersoalkan bila dia pernah meminta wang daripada anak-anaknya.

BACA: “Tetapi Ini Bukan Tentang Burung” – Hantaran Abby Abadi Jadi Perhatian

“Fitnah apa ini? Bila masa saya dengki? Siapa yang minta duit anak? Selambak duit tu duit apa?” tulisnya.

Sementara itu, Abby turut menafikan dakwaan menerima sejumlah wang yang banyak daripada bekas suaminya, Norman Hakim.

“Dah 23 tahun kahwin baru dapat duit hantaran, duit nafkah tak pernah bagi sesen pun atas tangan lepas bercerai. Apa yang aku dengki pula ni? Kau dapat info dari mana ni?

“Selama aku hidup ni aku tak pernah meminta-minta duit orang lah. Jangan memandai-mandai jaga tulisan tu,” tulisnya.


Scroll to Top