Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) memberi jaminan kes jenazah dibiarkan lebih satu jam di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana, Hulu Kelang akan diselesaikan secara adil.
BACA: Isu Jenazah Ditahan Lebih Sejam: Waris Si Mati Buat Laporan Polis, Nafi Dakwaan JAIS
Buat masa ini, MAIS memberi ruang kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan secara telus dan tindakan sewajarnya akan diambil berdasarkan dapatan tersebut.
MAIS ucap takziah kepada keluarga mangsa
Menerusi satu kenyataan, MAIS berkata, pihaknya mengambil maklum kenyataan media Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bertarikh 27 Jun 2026 yang dibuat hasil siasatan awal berdasarkan maklumat daripada pihak pengurusan Masjid Nurul Hidayah, Kg. Pandan Dalam.
Pihaknya juga mengambil maklum bahawa pihak pengurusan masjid, waris yang terlibat dan Badan Kebajikan Salatulrahim (BKS) juga telah membuat laporan polis berhubung insiden ini.

Dalam masa sama, MAIS menegaskan komitmen untuk menyelesaikan permasalahan yang berlaku dengan segera.
Bagi tujuan itu, MAIS telah mengarahkan pertemuan segera dijalankan oleh wakil MAIS bersama waris yang terlibat, pengurusan Masjid Nurul Hidayah, Kg. Pandan Dalam, BKS dan wakil JAIS bagi mencapai penyelesaian terbaik untuk semua pihak.

MAIS juga akan menilai pengurusan jenazah orang Islam yang sedang dilaksanakan oleh pihak pengurusan masjid dan mengenal pasti ruang penambahbaikan yang boleh diambil.
Perkara itu bagi memastikan pengurusan jenazah orang Islam dapat dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab dan amanah, teratur serta cekap, selain memenuhi tuntutan hukum syarak.
Pssttt! Isu berkaitan urusan pengebumian jenazah sememangnya sangat sensitif kerana ia melibatkan emosi keluarga yang sedang berduka. Diharapkan siasatan yang dijalankan dapat memberi penjelasan sebenar dan semua pihak diberi ruang untuk menyelesaikan perkara ini dengan baik tanpa menambahkan lagi luka kepada keluarga waris.
Kredit: Facebook MAIS
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.




