Selain pandai wiring, saya juga suka lelaki tak merokok dan soft spoken – Zara Zya

Selain pandai wiring, saya juga suka lelaki tak merokok dan soft spoken – Zara Zya

Pelakon Zara Zya sekali lagi berkongsi mengenai ciri-ciri lelaki yang menjadi pilihan hatinya apabila mendedahkan dia bukan sahaja menggemari lelaki yang mahir melakukan kerja teknikal, malah turut mengutamakan individu yang tidak merokok atau menghisap vape serta bersifat lemah lembut.

Tambah kriteria lelaki idaman

Menerusi satu hantaran di Threads, Zara atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin, 40, berkata, selain kebolehan bertukang, membuat pendawaian (wiring) dan melakukan kerja-kerja berat, dia juga menyukai lelaki yang mengamalkan gaya hidup sihat serta memiliki perwatakan tenang.

“Selain dari pandai wiring, bertukang dan pandai buat kerja berat, saya juga suka lelaki yang tak merokok, vaping dan soft spoken,” ciapannya, semalam.

Dalam perkongsian sama, pelakon itu turut berseloroh seolah-olah sukar menemui lelaki yang memenuhi kriteria tersebut.

“Macam dah tak wujud kan lelaki tak merokok?” tambahnya lagi.

Terdahulu, Zara pernah meluahkan ciri-ciri lelaki idamannya yang bukan sahaja berkarakter maskulin tetapi juga mempunyai kemahiran praktikal serta asas agama yang baik.

Dia juga menganggap individu yang mampu istiqamah membaca al-Quran sebagai nilai tambah dan menghargai lelaki yang mampu berdikari termasuk dalam aspek kehidupan harian seperti memasak.

Artikel lain: Zara Zya impi lelaki pandai wiring, buat kerja berat – “Kalau tahu mengaji itu bonus”

Bagaimanapun, aktres itu menjelaskan tidak pernah berasa tertekan apabila diajukan soalan berkaitan jodoh, memandangkan keluarganya sentiasa memahami dan tidak pernah mendesaknya untuk berkahwin.

Menurutnya dia bersyukur kerana keluarga tidak pernah meletakkan sebarang tekanan mahupun kata putus berhubung soal pasangan hidupnya.

Sumber: Threads zarazya

Scroll to Top