Selepas beberapa hari menjadi perhatian di Threads, isu melibatkan seorang wanita yang mendakwa suaminya tersalah transfer wang ke akaun pempengaruh Aisar Khaled akhirnya selesai dengan baik.
Sebelum ini, Syfidaa memuat naik hantaran di Threads meminta bantuan orang ramai untuk tag Aisar Khaled selepas suaminya tersalah transfer duit ke akaun pempengaruh itu.
Suami tersalah transfer duit ke akaun Aisar Khaled
Menurutnya, suaminya mahu memindahkan wang ke akaun lain, namun secara tidak sengaja memilih akaun Aisar yang pernah disimpan dalam senarai kegemaran Maybank kerana sebelum ini pernah membuat sumbangan kepada Aisar.

Menerusi perkongsian terbaharu, Syfidaa meluahkan rasa syukur apabila Aisar bukan sahaja memulangkan semula wang RM600 yang tersilap dipindahkan, malah turut memberi lebih daripada jumlah asal iaitu RM1,500.

Malah, Aisar memohon maaf mengambil masa yang lama kerana tidak aktif di Thread dan sibuk.
Wanita itu juga memohon maaf kerana terpaksa menularkan isu di Thread untuk mendapat perhatian Aisar. Dia tidak berniat untuk menjadikan Aisar sebagai bahan kecaman netizen.

Aisar berkata, dia sudah biasa orang tidak suka dengannya dan mendoakan semoga wanita itu sekeluarga dimurahkan rezeki.
Pssttt! Dalam masa sama, kisah ini juga jadi pengajaran buat semua supaya lebih berhati-hati ketika membuat transaksi wang, terutama jika ada akaun lama yang masih disimpan dalam senarai kegemaran perbankan.
Kredit: Threads
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.




