KPDN Batal Had Beli Diesel Bersubsidi Di Sabah, Sarawak Dan Labuan

KPDN Batal Had Beli Diesel Bersubsidi Di Sabah, Sarawak Dan Labuan

Oh! Negara

KPDN batal had beli diesel bersubsidi di Sabah, Sarawak dan Labuan susulan harga RM2.10 seliter.


KPDN kini membatalkan arahan kawalan penjualan diesel untuk kenderaan pengangkutan darat di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan bermula Rabu.

Ini bermakna had pembelian diesel sebelum ini iaitu 50 liter, 100 liter dan 150 liter tidak lagi terpakai selepas kerajaan menyelaraskan harga diesel bersubsidi di bawah Program BUDI Diesel kepada RM2.10 seliter.

Had beli diesel tidak lagi berkuat kuasa

Kredit Foto Janaan AI

Ketua Pengarah Penguat Kuasa KPDN, Datuk Azman Adam berkata, pembatalan arahan itu dibuat selepas pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 21 Jun lalu.

Menurutnya, langkah tersebut turut selari dengan pelaksanaan mekanisme baharu pembelian diesel bersubsidi menggunakan MyKad di stesen minyak yang bermula pada Rabu.

Sehubungan dengan itu, semua pemegang lesen barang kawalan berjadual runcit yang menjual petrol atau diesel di negeri Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan, adalah diminta mengambil maklum bahawa arahan kawalan penjualan diesel ke atas kenderaan pengangkutan darat tidak lagi berkuat kuasa mulai tarikh tersebut.- Katanya.

Guna MyKad untuk pembelian diesel

Kredit Foto Janaan AI

Melalui mekanisme baharu ini, pembelian diesel bersubsidi akan dibuat menggunakan MyKad bagi memastikan bantuan itu sampai kepada pengguna yang layak.

KPDN yakin cara baharu ini dapat menjadikan pengagihan diesel bersubsidi lebih bersasar, cekap dan berkesan. Dalam masa sama, ia juga dijangka memudahkan urusan pengguna yang benar-benar layak mendapatkan diesel pada harga subsidi.

KPDN turut menyeru semua pihak supaya mematuhi sepenuhnya mekanisme baharu yang telah ditetapkan kerajaan.

Pssttt! Semoga mekanisme baharu ini benar-benar memudahkan rakyat yang layak dan bukan menyusahkan mereka di lapangan. Yang penting, pelaksanaan kena jelas, sistem kena lancar dan jangan sampai rakyat terpinga-pinga di stesen minyak.

Kredit: Sinar Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Scroll to Top