Tular di media sosial rakaman video memaparkan kisah pasangan suami isteri warga emas yang tidak dikurniakan zuriat. Difahamkan, video itu dirakam untuk tujuan ‘social experiment’ di mana seorang lelaki memohon duit untuk beli susu anak.
Tanpa bertanya lebih, pasangan warga emas itu terus menghulurkan wang. Namun, siapa sangka selepas itu si isteri dilihat menangis di dalam kereta.
Sebak dengar kisah susu anak
Ketika ditanya, warga emas berusia 64 tahun itu berkata, hatinya mudah tersentuh apabila bercakap soal anak. Mereka rupa-rupanya sudah 42 tahun berkahwin tanpa zuriat.
Bagi pasangan itu, perkara berkaitan anak kecil cukup sensitif untuk didengar kerana ia mengingatkan mereka kepada impian yang tidak pernah menjadi kenyataan sepanjang hidup berumah tangga.
Wanita tersebut memaklumkan, mereka bukan tidak pernah berusaha untuk memiliki cahaya mata. Namun, seiring usia yang semakin meningkat, pasangan itu akhirnya memilih untuk berdamai dengan takdir.

Beliau turut menceritakan pernah melalui pembedahan sebelum doktor mencadangkan rawatan kesuburan kepadanya. Bagaimanapun, cadangan itu tidak diteruskan kerana usia ketika itu sudah mencecah 47 tahun.
Bagi mereka, rutin harian yang dilalui bersama sudah cukup menjadi sumber kekuatan dalam perkahwinan. Malah, ke mana sahaja pergi, pasangan ini sering dilihat bersama.
Perkongsian mengenai pasangan ini turut mengundang rasa sebak dalam kalangan warganet. Ramai yang tersentuh melihat bagaimana mereka masih saling menjaga meskipun diuji dalam soal zuriat.
Pssttt! Semoga pasangan ini terus diberikan kesihatan, ketenangan dan kebahagiaan. Untuk kita pula, mungkin sudah tiba masanya lebih berhati-hati apabila bertanya soal anak kepada orang lain kerana di sebalik soalan itu, ada hati yang mungkin sedang terluka.
Kredit: Thread
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.




