Bila bercakap soal disiplin di sekolah, ramai faham tugas guru memang bukan mudah. Tapi kalau sampai seorang murid kecil cedera berhampiran mata, memang perkara ini tidak boleh dipandang ringan.
Itulah yang berlaku apabila seorang guru wanita berusia 47 tahun dihadapkan ke Mahkamah Majistret Batu Pahat Johor atas tuduhan mencederakan seorang murid perempuan berusia tujuh tahun menggunakan pemadam papan putih.
Didakwa berlaku di Sekolah Kebangsaan Tongkang Pecah
Memetik laporan Harian Metro, tertuduh, Fakhriah Bustani, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mustaqim Sukarno.
Mengikut pertuduhan, guru berkenaan didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap murid tersebut dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi pada 1 April lalu.

Kejadian itu dilaporkan berlaku di sebuah sekolah kebangsaan di Tongkang Pecah, dekat Batu Pahat.
Menurut laporan, mangsa memaklumkan perkara tersebut selepas pulang ke rumah, mendakwa pemadam papan putih yang dibaling guru berkenaan terkena kawasan berhampiran matanya.
Hasil siasatan polis mendapati tindakan itu didakwa berlaku kerana tertuduh mendakwa murid tersebut tidak memberi tumpuan sepenuhnya ketika sesi pembelajaran.

Pemadam berkenaan dikatakan terkena bahagian bawah mata kanan mangsa hingga menyebabkan kecederaan.
Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda maksimum RM2,000, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM1,500.
Kes akan disebut semula pada 21 Ogos ini bagi serahan dokumen.
Pssttt! Semoga kes ini diberi perhatian sewajarnya mengikut proses undang-undang, dan menjadi peringatan bahawa teguran dalam pendidikan perlu dibuat dengan cara yang tidak memudaratkan murid.
Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.




