Ramai Terharu Dengar Perkembangan Terkini Gajah Dara, Amoi Dan Kelat

Ramai Terharu Dengar Perkembangan Terkini Gajah Dara, Amoi Dan Kelat

Oh! Negara

Tiga gajah Malaysia di Tennoji Zoo, Jepun dilapor sihat, aktif dan mencatat peningkatan berat badan positif.


Tiga gajah Malaysia yang kini berada di Tennoji Zoo, Osaka, Jepun dilaporkan berada dalam keadaan sihat dan aktif. Perkembangan itu melibatkan Dara, Amoi dan Kelat atau dikenali sebagai DAK.

Menurut Majlis Perbandaran Taiping, ketiga-tiga gajah itu juga semakin menyesuaikan diri dengan habitat baharu mereka. Malah, laporan pemantauan veterinar terkini menunjukkan peningkatan berat badan yang positif.

Tiga gajah Malaysia tunjuk perkembangan positif

Kredit Foto Citizens Journal

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Taiping, Mohamed Akmal Dahalan berkata, Kelat mencatatkan peningkatan berat sebanyak 260 kilogram. Dara pula meningkat 35 kilogram manakala Amoi bertambah 30 kilogram berbanding laporan sebelum ini.

Perkembangan itu dikatakan hasil pemantauan kesihatan, penjagaan diet dan pengurusan harian yang berterusan oleh pihak zoo.

MPT menghormati kebebasan masyarakat untuk menyuarakan pandangan. Bagaimanapun, sebarang dakwaan berkaitan kebajikan gajah hendaklah disokong oleh fakta, maklumat yang sahih dan penilaian profesional agar tidak menimbulkan salah faham yang boleh menjejaskan usaha konservasi negara serta hubungan kerjasama antarabangsa.- Katanya.

Berdasarkan rekod pemantauan kesihatan Mei lalu, Kelat meningkat daripada 2,360 kilogram kepada 2,800 kilogram. Dara pula meningkat daripada 1,985 kilogram kepada 2,200 kilogram manakala Amoi bertambah daripada 1,280 kilogram kepada 1,480 kilogram.

Diet harian Dara, Amoi dan Kelat dipantau veterinar

Menurut Mohamed Akmal, diet harian tiga gajah Malaysia itu disediakan secara lengkap dan seimbang. Ia dibuat mengikut keperluan nutrisi spesies serta dipantau oleh pegawai veterinar.

Antara makanan yang diberikan termasuk rumput kering berkualiti tinggi, pucuk buluh, rumput segar, kubis, pelet khas, alfalfa cubes, dedak gandum, lobak merah, keledek, roti dan buah-buahan seperti epal.

Rumput kering atau hay menjadi komponen utama kerana kandungan seratnya yang tinggi. Ia membantu sistem pencernaan, menyokong fungsi usus dan menggalakkan tingkah laku semula jadi gajah.

Pssttt! Isu kebajikan haiwan memang sensitif dan wajar diberi perhatian, lagi-lagi bila melibatkan gajah Malaysia di luar negara. Tapi dalam masa sama, setiap dakwaan perlulah disokong dengan fakta dan pemantauan pihak profesional supaya orang ramai tak mudah tersalah faham.

Kredit: Sinar Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Scroll to Top