Oh! Tidak
Pelancong China kecewa selepas mendakwa bendera China tiada di hotel KL, rupanya dekorasi Piala Dunia 2026.
Seorang pelancong China meluahkan rasa tidak puas hati selepas mendakwa tidak melihat bendera China dipasang di sebuah hotel penginapannya di Kuala Lumpur.
Perkara itu disedarinya pada hari ketiga berada di Malaysia ketika sedang bersarapan di hotel berkenaan. Menurut lelaki itu, dia melihat banyak bendera negara lain dipasang di ruang hotel, namun tidak menemui bendera China.
Pelancong tak puas hati, tanya staf hotel

Menerusi video yang dikongsikan, pelancong itu dilihat bertanya kepada seorang kakitangan hotel bagi mendapatkan penjelasan mengenai ketiadaan bendera China.
Dia beberapa kali mengulangi soalan sama sebelum dimaklumkan bahawa kemungkinan bendera China berada di bahagian lain hotel.
Saya perasan ada bendera negara-negara di seluruh dunia tetapi tidak ada negara China.- Katanya.

Perkongsian itu kemudian mengundang pelbagai reaksi netizen yang mendakwa pelancong tersebut tersalah faham dengan dekorasi yang dipasang di hotel berkenaan.
Menurut netizen, bendera yang kelihatan dalam video itu sebenarnya merupakan bendera negara-negara yang layak ke Piala Dunia 2026.
Ada juga yang menyindir dengan mengatakan China tidak layak ke kejohanan tersebut, sebab itu bendera negara berkenaan tidak dipasang bersama bendera lain.
Dekorasi Piala Dunia jadi punca
Chinese tourist entitlement in Malaysia:
And why no one likes Chinese tourist.
A mainland Chinese man on a business trip notices international flags at his hotel but no PRC one. Instead of letting it go, he pulls staff aside: ‘If you want to earn money from Chinese people, hang… pic.twitter.com/AI0NhLxCsx
— The Great Translation Movement 大翻译运动 (@TGTM_Official) July 5, 2026
Situasi itu membuatkan ramai netizen berpendapat pelancong berkenaan sepatutnya bertanya dahulu sebelum membuat andaian sendiri.
Malah, ada yang membandingkan situasi itu dengan rakyat Malaysia melancong ke China dan tiba-tiba bertanya kenapa bendera Malaysia tiada di premis tertentu.
Walaupun nampak seperti isu kecil, video itu tetap mencuri perhatian ramai sebab melibatkan salah faham yang boleh dielakkan kalau semak konteks terlebih dahulu.
Pssttt! Kadang-kadang benda nampak pelik sebab kita belum tahu cerita penuh di sebaliknya. Jadi sebelum buat kesimpulan, elok tanya dulu dengan baik-baik. Tak pasal-pasal isu bendera pun boleh jadi drama antarabangsa kecil pula nanti.
Kredit: –
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!




