Pelakon Zila Bakarin memberikan pendapatnya berkenaan pandangan orang ramai terhadap individu yang dikaitkan menjadi orang ketiga dalam rumah tangga.
Menerusi satu hantaran di Threads, Zila membalas perkongsian seorang individu yang menyatakan sokongannya kepada beberapa selebriti yang didakwa menjadi mangsa orang ketiga.
BACA: Zila Bakarin Kongsi Detik Hijrah, Kepala Seperti Disiram Air Sejuk Lepas Pakai Selendang

Menurut Zila, dia merasa hairan kerana ada dikalangan wanita yang mempertahankan wanita yang didakwa menjadi penyondol.
Malah, pandangan masyarakat terhadap mereka yang terpalit kontroversi turut dipengaruhi oleh rupa paras mereka.
“Maaf kalu apa yang saya cakap akan tersinggung. Dia macam ni, kau penyondol ke penyedok ke apa sahaja yang boleh sakitkan hati perempuan lain.
“Tapi kalau si penyodok muka cantik comel, lembut, manis, ala-ala suci, terpaling lindungan Kaabah, kau buat apa pun akan okay. Dan yang back up perempuan juga, maaf cakap,” tulisnya.




