Oh! Artis
Doa Norman Hakim jadi perhatian ramai selepas pelakon itu berkongsi luahan menyentuh ujian dan fitnah.
Pelakon Norman Hakim sekali lagi menjadi perhatian ramai selepas berkongsi satu hantaran berbentuk doa di Instagram. Perkongsian itu dilihat cukup menyentuh hati, lebih-lebih lagi ketika namanya sedang hangat diperkatakan susulan kemelut melibatkan bekas isterinya, Abby Abadi.
Dalam perkongsian itu, Norman meluahkan rasa syukur atas nikmat dan rezeki yang diberikan Allah SWT. Pada masa sama, doa Norman Hakim itu turut menyentuh soal ujian, kecaman dan fitnah yang didakwa sedang dihadapi bersama keluarganya.
Norman Hakim doa mohon dilindungi

Menerusi hantaran tersebut, Norman memohon agar dirinya tidak lalai atau sombong dengan segala kesenangan yang dimiliki.
Dia juga berdoa supaya keluarga dan rezeki yang diamanahkan terus dipelihara daripada sifat mazmumah, hasad dengki serta segala bentuk keburukan.
Dalam masa sama, Norman menegaskan dia sentiasa terbuka menerima teguran sekiranya benar dirinya melakukan kesilapan. Namun, dia berharap segala perkara diserahkan kepada keadilan Allah SWT.
Bukan itu saja, pelakon berusia 49 tahun itu turut menyentuh mengenai individu yang didakwanya memfitnah, mencaci atau menzalimi mereka tanpa kebenaran. Fuh, berat juga bunyi luahan ni.
Netizen titip doa buat Norman Hakim sekeluarga
Jangan biarkan hati kami dipenuhi dendam, tetapi penuhilah ia dengan sabar, reda dan keyakinan bahawa setiap ketetapanMu adalah yang terbaik.- Katanya.
Perkongsian doa Norman Hakim itu menerima pelbagai reaksi daripada netizen. Ramai yang menitipkan doa agar kemelut yang berlaku dapat diselesaikan dengan baik.
Ada juga yang mendoakan supaya Norman dan keluarganya terus kuat serta diberikan ketenangan dalam melalui ujian ini. Dalam keadaan macam ni, memang tak mudah untuk semua pihak, lebih-lebih lagi bila isu keluarga jadi perhatian ramai.
Pssttt! Bila berdepan ujian, kadang-kadang diam dan berdoa itu lebih kuat daripada menjawab satu dunia. Semoga semua pihak diberikan ketenangan, dijauhkan daripada fitnah dan dipermudahkan jalan untuk berdamai dengan hati masing-masing.
Kredit: Instagram
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!




